Pesanan Jualan Melalui IPad

Mempercepatkan proses pesanan, daripada pesanan kepada invois dengan menggunakan sistem IPad kami. Harga dan inventori stok dikemaskini dengan serta merta yang melibatkan bebanan kerja admin dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama mengurangkan komunikasi di antara pembekal dan pelanggan.

Sesuai untuk jurujual B2B yang bergerak menggunakan van jualan dan pembuatan secara borong, perisian akan mengemaskini baki stok terkini dan memaparkan di skrin sistem anda.  Oleh yang demikian, adalah lebih mudah untuk mengutarakan invois serta merta tanpa sebarang kesulitan untuk memastikan stok sentiasa cukup dan sedia ada pada setiap masa.

Proses pesanan dan mencetak resit kesemua dalam satu masa dan tempat : ANDA!

 


→  Perbaiki Prestasi Pasukan Jualan Anda

Dengan sistem on-the-go yang mengiringi pasukan jualan, proses tempahan kini boleh dipercepatkan kepada sepuluh kali ganda. Sistem membantu pasukan anda untuk menghabiskan lebih banyak masa untuk menjual produk dan menarik minat pelanggan untuk menggunakan sistem dan bukannya meluangkan lebih masa dengan mengisi pelbagai jenis borang. Tiada lagi pantauan secara manual mengenai butiran inventori dan senarai pembelian.

 

→  Mengetahui segalanya Tentang Apa yang Perlu Anda Tahu

Dapatkan 360⁰ maklumat dan paparan mengenai pelanggan anda: pesanan yang lepas, past orders, hutang terkumpul, , pesanan yang masih dalam proses dan sebagainya. Dengan peningkatan produktiviti, data terkumpul meningkat. Oleh itu, untuk mengelakkan bilangan kertas kerja yang sepertinya tiada kesudahan, sistem kami mampu memberi anda kesenangan dan ketenangan dengan hanya satu klik.

 

→  Bebas Kertas untuk Membuat Pesanan

Menguruskan semua perkara dan proses daripada alat tanpa menggunakan sebarang helaian kertas. Cepat, tuntas dan tiada kesilapan ketika pesanan diambil dan semestinya diantara proses yang sangat berkesan untuk menguruskan perniagaan anda jika dibandingkan dengan kaedah yang lama.

 

→  Tingkatkan Imej Syarikat Anda

Tingkatkan produktiviti dan keberkesanan adalah satu kemestian dalam memastikan pelanggan mempunyai persepsi yang baik terhadap syarikat anda.  Apa yang berlaku sekarang mungkin akan menjadi satu kelebihan kepada syarikat anda untuk menghadapi situasi perdagangan yang semakin berdaya saing sekarang.


 

Request for a demo!