Secara umum, aset terpenting dalam sesebuah syarikat adalah tenaga manusia. Sistem pengurusan sumber manusia dan gaji boleh meningkatkan produktiviti bagi jabatan Hal Ehwal Sumber Manusia dan turut dapat menjimatkan kos. Tetapi dalam masa yang sama, ianya masih boleh meningkatkan tahap kepuasan sepanjang bekerja di syarikat tersebut. Selain itu, sistem ini boleh mengira gaji pekerja tanpa perlu melibatkan banyak tenaga manusia.

4 Sebab Mengapa Sage UBS Payroll Ini Merupakan Pilihan Banyak Syarikat

Mudah untuk digunakan

Fungsi yang mudah untuk difahami ini menjadikan sistem ini popular di kalangan industri perniagaan. Antara kebolehan sistem ini adalah mesra pengguna dan intuitif. Pengguna dapat mengakses fail peribadi, memproses gaji dan laporan kerajaan dengan pantas.

Mudah untuk membayar gaji

Bayar gaji pekerja secara langsung melalui Sistem Pembayaran Gaji UBS. Lakukan proses pembayaran gaji tersebut dengan selamat terus ke akaun pekerja. Sistem ini turut menjimatkan masa anda yang berharga.

Memudahkan maklumat pekerja dan pengurusan gaji

Sistem ini tidak mengira saiz syarikat dan jumlah kakitangan pekerja. Hal ini kerana, ianya masih boleh membantu anda dalam membuat sebarang penyesuaian dengan beberapa klik di papan kekunci. Di samping itu, sistem ini memudahkan proses dan menguruskan maklumat pekerja yang memakan masa dan membantu anda mengurus akaun dengan mudah.

Format bank yang disokong untuk memudahkan

✔️Gaji dan berkanun untuk AmBank 

✔️EPF untuk Public Bank 

✔️Tax, EPF dan SOCSO untuk Maybank

✔️Gaji (Singapore) untuk OCBC Bank 

✔️Gaji (Singapore) untuk DBS Bank 

✔️Lain-lain bank tempatan