Sistem Pengurusan Hospitaliti

Kemaskini status bilik dan menyemak masuk dan/atau keluar untuk beberapa orang dalam satu masa yang sama adalah tidak mudah.

Kaunter hadapan anda akan menjadi sedia-GST dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk membolehkan pengurusan pejabat hadapan menjadi lebih baik. Dengan adanya “Key Lock” sistem, peluang untuk berlaku sebarang kesilapan adalah amat tipis, malah akan lebih mempercepatkan proses organisasi. Terdapat juga alat pengemasan di mana ia memudahkan pemantauan bilik yang perlu dikemas dan dibersihkan.

Perkhidmatan Pelanggan bakal memudahkan anda: cara yang mudah dan efisien untuk mengawal dan menggabungkan data tetamu.

 


→  Daftar Masuk & Keluar Lebih Cepat

Sambut tetamu anda dengan sepantas mungkin dan jimatkan masa dengan senarai semak operasi dan laporan. Kemasukan data dan pengurusan bilik akan menjadi lebih mudah dengan persediaan rapi.

→  Kekunci Pintu Elektronik

Jejak bilik dan transaksi kunci utama aktiviti akan menjadi lebih mudah dan mengurangkan perselisihan faham dengan keberadaan kekosongan bilik. Kekunci pintu merupakan gabungan mesin kompleks dan kemajuan mikroelektronik yang memaparkan keselamatan dan privasi  bertaraf tinggi. Kesemua kunci terdiri daripada ciri-ciri perisian yang tersendiri untuk memudahkan integrasi sistem.

→  Keberkesanan Alat Daftar Masuk

Pendaftaran masuk oleh pelanggan melalui MyKad, Pasport atau Kad Ahli tanpa sebarang kesulitan. Sistem tersebut dilengkapi dengan kepelbagaian pilihan pembayaran untuk menjadikannya lebih mudah dan menyenangkan kepada pelanggan yang mungkin tidak mempunyai dokumen tertentu.

→  Tempahan Dalam Talian Secara Automatik

Tempahan secara dalam talian adalah saling berhubung dengan meja hadapan selaras dengan ketersediaan bilik semasa. Berkebolehan melalui mesin tempahan dalam talian, sistem ini membolehkan tetamu untuk membuat tempahan pada bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

 


Request for a demo!