Makanan dan Minuman serta Sistem Barisan

Daripada proses bil ke proses pesanan, semuanya berada di hujung jari kita! Peranti tanpa wayar seperti butang panggil boleh didapati untuk mengurangkan ruang barisan beratur dan semestinya memberi lebih ruang untuk pelanggan lain.

Risau jika makan bersama tetapi mempunya bil yang berlainan? Jangan bimbang, kerana perisian kami membolehkan anda untuk membahagi atau menggabungkan bil tanpa sebarang kesulitan! 

Penat berlari dari meja ke kaunter dan kembali berlari ke meja semata-mata untuk mengulangi proses yang sama sepanjang hari? Perlumbaan harian anda bakal berakhir sejurus selepas anda menukar kepada sistem kami! Dengan penggunaan sistem Point-of-Sale (POS) yang telah dipertingkatkan, anda kini mampu untuk meningkatkan kadar perolehan bilangan meja untuk menyambut pelanggan baru yang lebih ramai dan dalam masa yang sama mengurangkan peratusan pelanggan yang kecewa untuk menjamu selera di restoran anda.

Dengan sistem kami, anda bukan sahaja mampu untuk mempertingkatkan kepuasan pelanggan malah mempunyai pengurusan perniagaan secara penuh di seluruh cawangan syarikat anda!

 


→  Pengawalan di Hujung Jari Anda!

Walau tanpa sebarang perhubungan internet, perniagaan anda masih boleh beroperasi secara dalam talian mahupun luar talian. Apabila berada di dalam mod dalam talian, pengguna dibolehkan untuk melihat jualan menggunakan aplikasi mobil walaupun mereka berada jauh dari gerai. Jika berada di dalam mod luar talian pula, kesemua data akan diselaraskan dan disimpan di dalam PC selepas kembali kepada mod dalam talian.   Sistem ini juga menyokong pesanan dan pesanan mudah alih kiosk secara kawalan pusat dan disertakan pengurusan di antara pelbagai gerai dan ibu pejabat.

 

→  Integrasi bersama Perisian Lain

Apa yang integrasi lakukan adalah ia memelihara masa ketika pemindahan data sedang dilakukan. Selain itu, integrasi dengan perisian akaunan yang baik membolehkan pengguna untuk memperbaiki jejak jualan dan maklumat inventori, meningkatkan ketepatan dan kecekapan akaun dan tugas pembukuan untuk perniagaan kecil juga sederhana.

 

→  Jejak Jualan Jika Ketiadaan Anda di Syarikat

Aplikasi Mobil tersedia untuk anda memantau dan menjejaki jualan harian anda pada bila masa dan di mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit anda. Anda akan menerima maklumat terkini secara terus mengenai status jualan dan pembayaran. Dalam erti kata lain, maklumat kewangan dan perakaunan terkini akan sentiasa bersama dengan anda.

 

→  Perhubungan yang Lebih Kuat bersama Pelanggan

Perhubungan yang berkekalan bersama pelanggan membolehkan anda memperbaiki kekerapan pembelian secara purata. A long lasting relationship with your clients is able to improve your average purchase frequency. “Mobile Membership” (tiada kad diperlukan) & “Loyalty Solution Programs” merupakan kunci kepada kejayaan dalam perniagaan.


 

Testimoni Pelanggan

Permintaan Untuk Demo!

 

         

 

Translate!