Profil Syarikat

PENGHARGAAN DARIPADA PENGARAH

Pengarah, Encik Myles Lye

Ini merupakan satu penghargaan mendukung jawatan sebagai Pengarah Neelian Corporation Sdn. Bhd. Sepanjang perjalanan saya, saya mempunyai peluang yang menarik untuk bekerja dengan organisasi yang dinamik dan membina hubungan yang baik dengan para pelanggan.

Sebagai sebuah pusat penyelesaian bagi masalah pengurusan perniagaan, kami bukan sekadar menawarkan produk sahaja, tetapi juga memantau para pelanggan sepanjang proses pembelian mereka bersama kami, daripada proses pemasangan sehinggalah bagaimana untuk mengendalikan perisian.

Kami sangat mengutamakan kepuasan pelanggan dengan mengenal pasti keperluan pelanggan menjadi produk berkualiti dan memberikan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai.

Kami tidak hanya memberikan maklumat mengenai cara penyelesaian perisian, malahan kami juga memasukkan isu berkenaan polisi kerajaan dalam sesi latihan. Kami berhasrat untuk mendidik masyarakat mengenai dasar seperti EIS dan HRDF supaya individu dan perniagaan secara beransur-ansur akan lebih kompeten  dan berjaya mencapai kejayaan dalam industri yang sangat kompetitif ini. Oleh hal yang sedemikian, kami merupakan penyedia latihan yang diiktiraf di bawah Human Resource Development Fund (HRDP), yang berkomitmen untuk menyediakan program latihan terkemuka bagi memperkasakan pengetahuan masyarakat mengenai perisian dan dasar kerajaan.

 

Kewujudan perniagaan melalui aplikasi WeChat merupakan antara kejayaan terbesar kami. Melalui aplikasi lain yang berfungsi sama seperti WeChat, kami dapat memperoleh ramai pelanggan dengan lebih luas lagi dan membawa perniagaan kami ke tahap kejayaan yang baharu. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan hubungan jarak jauh dengan pelanggan, dalam erti kaat lain, dalam strategi kemenangan jangka masa panjang. Lalu, ianya membantu dalam pertumbuhan eksponensial bagi kedua-dua belah pihak.

 

Secara keseluruhan, fokus kami adalah untuk terus meningkatkan organisasi kami bagi menarik perhatian terutama kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan kami. Oleh itu, saya akan terus mendapat sokongan dan dorongan hasil daripada kerjasama para pekerja. Dengan itu, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan baik yang telah membantu kepada pertumbuhan organisasi ini.

TENTANG NEELIAN

Pejabat baru di Jalan Pasir Puteh Ipoh

Neelian Corporation Sdn. Bhd. ialah syarikat yang menyediakan penyelesaian pegurusan perniagaan yang menawarkan penyelesaian terbaik untuk organisasi industri yang pelbagai. Neelian juga menyediakan khidmat perundingan profesional dengan bantuan para pekerja sokongan teknikal yang boleh dipercayai. Neelian juga memberikan perkhidmatan kepada yang lebih daripada tiga ribu syarikat di semenanjung Malaysia.

 

Neelian Corporation Sdn. Bhd.  ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai peniaga premium perisian Sage UBS. Kemudian, kami mengembangkan perkhidmatan dengan menawarkan pelbagai lagi penyelesaian perisian perniagaan yang merangkumi perisian makanan dan minuman, dan turut juga perisian hospitaliti. 

 

Pada tahun 2010, Neelian Corporation Sdn. Bhd. telah dilantik sabagai satu-satunya pusat perkhidmatan penyelenggaraan Sage UBS di Perak. Akhirnya, Neelian Corporation Sdn. Bhd. membuat keputusan untuk berpindah ke premis yang lebih besar bagi menyediakan persekitaran yang lebih baik.

 

Pada tahun 2014, kerajaan Malaysia memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% yang bermula pada 1 April 2015. Sejak daripada perlaksanaan GST, Neelian Corporation Sdn. Bhd. telah mengadakan seminar GST secara percuma setiap hari Sabtu. Dari itu, syarikat terus mengatur pelbagai cara supaya orang ramai mahir dalam isu berkenaan GST dan maklumat perniagaan yang lain.

Neelian Corporation Sdn. Bhd. kini terus mengembangkan rangkaian penyelesaian kami, termasuklah pesanan penjualan IPad dan Sistem Point-of-sales (POS), yang akan membantu dalam pertumbuhan jumlah pelanggan. Syarikat ini telah bergabung dengan banyak perniagaan lain dalam memperluaskan perkhidmatan mereka bagi menyediakan usaha perniagaan lain.

 

Syarikat ini terdiri daripada beberapa bahagian jabatan seperti, bahagian pemasaran, sokongan, teknikal dan pentadbiran bagi membantu para pelanggan. Kami sering memastikan para pelanggan mendapat info terkini berkenaan perisian, dengan itu kami mengambil langkah memastikan pekerja Neelian Corporation Sdn. Bhd. menghadiri kelas bagi mengemaskini info perisian untuk terus memperoleh info dan maklumat yang jelas. Disamping itu, pekerja kami turut menghadiri seminar mengenai perubahan dasar kerajaan untuk memastikan maklumat yang kami sampaikan kepada pelanggan merupakan yang selaras dengan perintah kerajaan. 

Visi Kami

Untuk memberikan perundingan perniagaan yang profesional, jalan penyelesaian yang terbaik dan bertujuan berkongsi maklumat terkini kepada pelanggan kami yang berharga agar terus maju dalam perniagaan, sebagai sebuah pusat penyelesaian sehenti.

Misi Kami

  1. Untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bijak teknologi dan berpendidikan lebih baik.
  2. Untuk memperkuatkan kesedaran umum mengenai polisi kerajaan dan menerapkan pengatahuan perisian dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pelanggan kami yang berharga.
  3. Untuk membina pengetahuan sistem yang lebih kuat di kalangan pelanggan.
  4. Memastikan pelanggan kami dapat menjalankan perniagaan secara lancar selaras dengan polisi kerajaan yang terkini.

AWARDS

Hampir dua dekad dalam indutri, Neelian Corporation Sdn. Bhd. telah berjaya memberikan banyak manfaat kepada perkembangan profesional dan etika dalam bidang perisian perniagaan. Neelian Corporation Sdn. Bhd. telah menerima beberapa anugerah bermula daripada awal perjalanan kami.

CORPORATE SERVICE RESPONSIBILITY (CSR)

Neelian Corporation Sdn. Bhd. telah melibatkan diri secara aktif dalam aktivit amal CSR hampir selama satu dekad. Kami sering memberi perhatian kepada pertubuhan Anning Children & Elderly Home dari segi pemakanan sebanyak tiga bulan sekali sepanjang sembilan tahun. Neelian Corporation Sdn. Bhd. telah berjaya memberikan sumbangan dan terus melakukan kerja-kerja amal.

 

Pertubuhan Anning Children & Elderly Home telah mengadakan aktiviti dan kempen pengumpulan dana, dan tanpa ada rasa ragu, Neelian Corporation Sdn. Bhd. sersedia memberikan bantuan kepada mereka. 

SOLUSI YANG KAMI TAWARKAN

Kami menawarkan pelbagai penyelesaian komersial untuk memenuhi keperluan industri dan perniagaan yang berbeza, termasuklah:

  • Solusi Pengurusan Akaun
  • Pengurusan Gaji Pekerja, Kehadiran Pekerja dan Pengurusan Sumber Manusia 
  • Solusi Sistem Beratur di Kedai Makan
  • Solusi Pengurusan Peruncitan dan Pelbagai Rantaian
  • Pemasaran Digital 
  • Solusi Hospitaliti
  • Sistem Jualan IPad

Perkhidmatan Lain

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan asas kami, jami juga memfokuskan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan. Hal ini bagi meningkatkan tahap pemahaman para pelanggan yang sudah membeli perisian kami.

LATIHAN & PEMBELAJARAN

Teknologi yang berinovasi, sesekali pasti akan perlu untuk dikemaskini. Oleh itu, bagi memastikan perisian pelanggan sentiasa dikemaskini mengikuti edisi sistem yang terbaharu, program latihan ini sangat sering dianjurkan bagi membantu perjalanan perniagaan pelanggan kami berjalan lancar.

Untuk menyampaikan maklmat secara berkesan, pelbagai kaedah telah dilakukan seperti mengadakan program bicara, seminar dan pendekatan heuristik secara langsung telah digunakan. Melalui sesi ini, para pelanggan akan dibawa untuk mengajar cara-cara mengemaskini sistem dan manual perisian. Daripada pengurusan gaji dan perakaunan sehinggalah kepada pengurusan sumber manusia, pelanggan akan memperolehi manfaat daripada sesi pembelajran praktikal ini dengan penjelasan yang terperinci.

Sebelum perlaksanaan GST pada tahun 2015, program latihan hanya terhad kepada latihan perisian dan peralatan (hardware). Tetapi, dengan pengaktifan dasar GST, Neelian Corporation Sdn. Bhd. mula memasukkan beberapa polisi kerjaan yang lain seperti EIS, HRDF, kod cukai GST dan lain-lain.

Pekerja Neelian Corporation Sdn. Bhd. di Program GST & Belanjawan 2018 

Neelian CorporationSdn. Bhd. mempunyai tujuan utama iaitu untuk membina komuniti yang lebih kuat dan berpendidikan untuk kemajuan masyarakat. Oleh itu, polisi kerajaan yang telah dikemaskini diwar-warkan melalui seminar sehingga setiap peniaga dan pekerja selalu sedar dan patuh mengikut sistem polisi kerajaan. 

Sebilangan besar program adalah kolaborasi dengan penyampai seminar warga Malaysia yang terkenal merupakan orang yang telah bergiat aktif lama dalam bidang perisian, perakaunan dan polisi awam. Ini bertujuan dapat memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada orang ramai agar semua orang dapat memahami dengan lebih mendalam. 

 

Salah satu acara yang diadakan ialah “Program Bicara GST & Belanjawan 2018” yang baru-baru ini, di mana Dr. Choong Kwai Fatt mempunyai kepakaran dalam bidang GST, telah dijemput hadir ke program bagi penyampai pengetahuan yang beliau miliki. Program ini mendapat tindak balas yang positif dan membuka banyak lagi jalan untuk seminar yang diterima dengan baik seperti, “Kewajipan Majikan 2018 & Perancangan Cukai” pada awal tahun 2018 yang dihoskan oleh Song Liew Sd.

Seminar Kewajipan Majikan & Perancangan Cukai 2018

Kronologi Program Pendidikan oleh Neelian Corporation Sdn. Bhd.

Perkhidmatan & Sokongan

Sesi perundingan bersama pelanggan oleh Encik Ryan Lee (kanan)

Neelian Corporation Sdn Bhd merupakan tempat penyeselasain masalah pengurusan perniagaan sehenti, khusus untuk memberi sesi perundingan perniagaan profesional di samping memastikan keberkesanan perniagaan dan kebolehan untuk berdaya saing. Bagi memastikan perniagaan pelanggan berkembang, pelbagai perkhidmatan telah ditawar dan disediakan khas untuk setiap jenis perniagaan. 

Tujuan perkhidmatan perundingan perniagaan disediakan adalah untuk membantu syarikat dalam menguruskan perniagaan mereka. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa pelanggan dilengkapi dengan perisian yang baik dan sesuai dengan perusahaan mereka.

 

Perkhidmatan dalaman juga diberikan oleh syarikat kami, di mana semua aktiviti dan operasi dilakukan di dalam premis syarikat. Oleh hal yang sedemikian, kakitangan dapat mendengar permasalahan  pelanggan dan menawarkan pertolongan secara bersemuka. Segala komplikasi atau aspek yang tidak diketahui oleh pelanggan dapat diselesaikan dengan segera. 

Ketua Bahagian Teknikal, Encik Edward sedang membantu pelanggan secara atas talian

Selain bantuan secara bersemuka, Neelian Corporation Sdn. Bhd. juga menawarkan perkhidmatan dalam talian, di mana pelanggan akan dibantu melalui aplikasi perisian yang tersedia di internet. Melalui kemudahan ini, pekerja kami dapat memperoleh akses ke sistem komputer pelanggan. Oleh itu, semua masalah akan dapat ditangani secara langsung dan proses pembetulan akan ditunjukkan dengan lebih jelas sebagai bahan rujukan buat masa yang akan datang.

 

Disamping itu, pekerja juga dapat menyampaikan maklumat dangan bantuan secara lisan melalui panggilan telefon. Pekerja di bahagian sokongan sangat profesional dan sentiasa bersedia membantu dalam menyelesaikan masalah dangan memegang prinsip tidak lebih daripada tiga deringan telefon daripada pelanggan. Sekiranya pelanggan masih mempunya masalah yang melibatkan di lokasi mereka, kami akan menghantar seorang wakil untuk membantu pelanggan tentang masalah tersebut.

Bukan itu sahaja, setelah selesai pelanggan melalui proses pemasangan sistem dan pertanyaan tambahan, mereka mendapat perkhidmatan selepas jualan. Hal ini termasuk sekali dengan pemberitahuan pelanggan mengenai kemas kini sistem dan ciri-cir baharu. Setiap pelanggan pasti akan mengikuti setiap tatacara memakaian perisian bagi memperoleh kepuasan selepas pembelian. Secara keseluruhan, Neelian Corporation Sdn. Bhd. ialah rakan niaga buat jangka masa panjang yang boleh dijamin, fleksibel dan khas untuk pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan. Dengan kaedah bantuan komprehensif kami, syarikat ini pasti akan meningkat dan mendorong perniagaan untuk berjaya.

Kakitangan Kami

Pertumbuhan progresif Neelian Corporation Sdn. Bhd. selama bertahun-tahun adalah disebabkan satu faktor, iaitu, pekerjanya sendiri. Apabila tidak berkumpul sebagai perjumpaan korporat, pekerja Neelian Corporation Sdn. Bhd. tebahagi kepada beberapa bahagian unit seperti sokongan, pentadbiran, jualan dan teknikal. 

Bahagian Pentadbiran

Di barisan hadapan ialah pegawai pentadbiran. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menangani semua hal ehwal pekerja sepejabat, selain dari mengeluarkan invois dan mengaktifkan lesen perisian hingga berhubungan dengan pembekal. Oleh itu, bahagian pentadbiran merupakan tulang belakang syarikat.

Bahagian Sokongan

Kakitangan sokongan terdiri daripada kakitangan pejabat yang mudah dan cekap melayani pelanggan dengan berhemah. Dengan sikap yang bertauliah dan baik sehingga kini, unit sokongan ini mahir dalam menilai pertanyaan pelanggan dengan cepat memberikan jalan penyelesaian yang tepat dan ringkas. Oleh itu, berkat peraturan iaitu tidak membiarkan panggilan daripada pelanggan melebihi tiga deringan meningkatkan keyakinan pelanggan kepada perkhidmatan kami. Sekiranya terdapat sebarang bantuan yang diperlukan di pejabat, pekerja sokongan juga dapat memberikan bantuan mereka dalam membantu pengumpulan dan pengurusan data asas, membantu pelanggan mendaftar dalam program dan banyak lagi. 

Bahagian Teknikal

Pekerja bahagian teknikal jugak terdiri daripada pekerja yang profesional dan berpengalaman dalam mengatasi masalah perisian dan peralatan (hardware). Pekerja teknikal ini secara tidak langsung ditugaskan untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah yang ada di lokasi pelanggan.  

Bahagian Jualan

Yang sering berada dalam kepenatan ke sana dan ke mari ialah bahagian jualan. Mereka ini sentiasa berusaha mencari calon pelanggan untuk membantu mengembangkan rangkaian syarikat. Rakan niaga baharu dan pelanggan untuk jangka masa panjang akan membantu asas syarikat kerana “win-win situation” merupakan kaedah yang terbaik. 

Setiap kali program diadakan, bahagian pasukan tambahan akan dibentuk dan terdiri daripada beberapa wakil daripada setiap bahagian. Kakitangan daripada bahagian sokongan dan jualan akan ditugaskan untuk menjemput tetamu yang hadir, serta mereka turut akan menyediakan demo bagi paparan produk pada hari tersebut. Bagi pendaftaran tetamu dan pengeluaran invois cukai akan dikendalikan oleh bahagian pentadbir. Manakala apabila terdapat sebarang permasalahan, bahagian teknikal akan memainkan peranan . 

 

Kesemua orang dalam pasukan ini masing-masing mempunyai pengalaman bekerja selama bertahun-tahun. Malahan, ada juga yang sudah hampir satu dekad bersama Neelian Corporation Sdn. Bhd. Kami amat menghargai semangat dan hubungan positif. Akhir kata, apa yang kami miliki kini mencerminkan apa yang telah kami usahakan selama ini.

TESTIMONI

Restoran Ayam Tauge Lou Wong

Restoran Tauge Ayam Lou Wong (Ipoh) Sdn. Bhd. telah menggunakan produk mudah alih kami sejak daripada tahun 2017. Sistem kami membantu perniagaan mencapai tahap komunikasi yang lebih pantas dan kami membantu usahawan dalam hal tersebut. Restoran Ayam Tauge milik Encik Wai ini merupakan restoran yang terkenal di Ipoh. Encik Wai ialah nama mersa yang digunakan bagi merapatkan lagi hubungan antara pemilik dengan pelanggan. Encik Wai pernah berkata, “Sistem ini sangat laju dan tidak merumitkan sama sekali. Disamping itu, ianya membuatkan proses pembayaran berjalan lancar dan kurang bermasalah. Ini juga salah satu perkara yang telah membuatkan kami menjadi lebih cekap”. Pencetak resit mudah alih kami ialah antara alat prosesnya yang mudah diuruskan. Encik Wai juga berkata bahawa beliau amat menyukai pencetak resit mudah alih kami kerana beliau hanya perlu mambawa alat yang bersaiz kecil sahaja untuk mengutip pembayaran daripada pelanggan tanpa perlu ke meja hadapan dan terus boleh melakukan kerja yang seterusnya.

 

Encik Loo, Pengarah Hotel Fully Well Kampar

 

Pengarah Hotel Fully Well Kampar, Encik Loo berkongsi pengalamannya dalam menggunkan perkhidmatan kami. “Ianya sangat sistematik, kerana kini saya tidak perlu lagi melakukan apa-apa secara manual, pekerjaan secara manual merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan pada masa lalu. Jadi, dengan sistem sekarang, ianya menjadi mudah berbanding sebelumnya”. Kesinambungan dan keberterusan merupakan faktor untuk berjaya bagi sesebuah syarikat. Neelian Corporation Sdn. Bhd.  ialah pakar dalam menyediakan keperluan dan kehendak pelanggan kami. Menyediakan pengenalan yang baik terhadap perisian yang bagus dan sesuai dnegan pelanggan dapat membantu pelanggan mencapai tahap yang tinggi dalam perniagaan.